Selamat Datang ke Sistem eConvo

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan di atas kejayaan Tuan/Puan menamatkan pengajian di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Dengan sukacitanya, pihak Tuan/Puan dijemput menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-7 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Pemakluman Tarikh Istiadat

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Maklumat Penting untuk Para Graduan

  • Maklumat yang perlu dibawa ialah Surat Jemputan Graduan, Kad Pengenalan/ MyKad/Pasport Graduan yang asal beserta salinan, Salinan Slip Bayaran Konvokesyen/Resit Rasmi yang asal beserta salinan. (SYARAT PENDAFTARAN)
  • Pendaftaran Konvokesyen
    • Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
    • Masa: 8.00 pagi – 05.00 petang
    • Tempat: Dewan 2020, Kangar,  Perlis
  • Universiti berhak menahan atau melarang Graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai istiadat ini.
  • Surat Jemputan Graduan hendaklah dibawa semasa mengambil pakaian konvokesyen dan juga semasa pendaftaran konvokesyen bagi melancarkan proses kedua-dua urusan.
  • Kad Giliran yang mengandungi nombor giliran / susunan barisan akan diberikan kepada Graduan semasa pendaftaran konvokesyen.
  • Perbarisan Graduan bermula di luar dewan mengikut fakulti dan nombor giliran yang telah diberikan.
  • Perbarisan Graduan yang hadir lewat atau tidak memenuhi peraturan pakaian menghadiri Istiadat Konvokesyen semasa pendaftaran tidak akan dibenarkan menyertai istiadat.
  • Graduan diminta menghormati istiadat yang sedang berlangsung dengan tidak membuat bising atau sesuatu yang boleh menganggu keharmonian istiadat.
  • Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit atau sebagainya ke dalam Dewan Konvokesyen.
  • Graduan kurang upaya (mengandung, cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti atau kepada staf bertugas semasa hari raptai.
  • Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa istiadat sedang berlangsung.
  • Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa / tetamu supaya berpakaian kemas dan tertib yang bersesuaian untuk majlis rasmi.
  • KUASA UNIVERSITI: Graduan hendaklah mematuhi peraturan dan syarat yang dinyatakan di atas bagi membolehkan penyertaan ke Istiadat Konvokesyen ini.

Bagi penerangan dengan lebih lanjut berkaitan peraturan para graduan untuk istiadat konvokesyen, para graduan boleh klik di pautan berikut:

Buku Peraturan Dan Syarat Istiadat Konvokesyen.
BM Version | ENG Version

Sidang Istiadat Konvo

Para graduan boleh membuat semakan berkaitan penggiliran sepanjang istiadat konvokesyen.

Buku Panduan Graduasi

Bagi penerangan dengan lebih lanjut, para graduan boleh mengakses buku panduan graduasi yang telah disediakan.

Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah

Pihak Seksyen Pengurusan Acara & Governan telah menyediakan jadual pengambilan dan pemulangan jubah kepada para graduan.

Tatacara Pemakaian Jubah

Klik untuk melihat tatacara pemakaian jubah graduan

Pengesahan Kehadiran Graduan

Para graduan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran graduan dengan kadar segera.

Alumni

Setiap para graduan dikehendaki mengisi borang alumni.

Borang-Borang

Senarai borang yang diperlukan untuk dibawa untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen.